Vivo Vision Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Pada 21 Ogos 2025

TechnologyDigital
14 Aug 2025 • 12:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

vivo telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan set kepala realiti bercampur (Mixed Reality) pertama mereka dinamakan vivo Vision pada 21 Ogos 2025. Pengumuman ini dibuat menerusi Weibo disertakan dengan imej serta maklumat awal mengenai rekaan dan fungsi peranti tersebut.

image is not available

Vivo Vision tampil dengan rekaan moden menyerupai Apple Vision Pro termasuk binaan logam dan visor yang menempatkan paparan utama. Antara ciri menarik yang diperlihatkan ialah elemen digital crown yang membolehkan pengguna mengawal tahap kejernihan paparan sesuai untuk pengalaman realiti campuran yang berkonsep lebih bebas. Selain itu, peranti turut dilengkapi dengan jalur kain serta pelindung mata di bahagian belakang bagi memastikan keselesaan yang berpanjangan ketika digunakan.

image is not available

vivo turut menekankan bahawa peranti direka dengan binaan yang ringan bagi memastikan keselesaan menyeluruh ketika dipakai. Di samping itu, vivo Vision diyakini mampu menawarkan pengalaman imersif serta kawalan tiga dimensi sebenar yang berkemungkinan besar melalui gerakan tangan seakan teknologi yang digunakan pada Apple Vision Pro.

image is not available

Pelancaran vivo Vision kelak menandakan langkah berani jenama itu dalam menerokai teknologi realiti campuran, sekali gus membuka peluang kepada pengguna untuk merasai pengalaman digital yang lebih mendalam. Sama-sama kita nantikan sama ada vivo mampu bersaing dengan jenama-jenama besar lain dalam arena teknologi ini atau sebaliknya.