Vivo Vision Dilancarkan Dengan Skrin 8K dan Sokongan Kandungan 3D

TechnologyDigital
21 Aug 2025 • 9:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo Vision dilancarkan China sebentar tadi dengan ia adalah set kepala realiti bercampur (MR) yang ingin bersaing dengan Apple Vision Pro. Maka tidak mengejutkan Vivo Vision meminjam beberapa elemen Vision Pro seperti pada bahagian pengikat kepala dan pek bateri yang disambung menggunakan magnet.

image is not available

Sepasang Vision Pro dilengkapi skrin 8K micro-LED dengan resolusi 3,840 × 3,552 pixel pada setiap mata dan sudut pandangan 180 darjah. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon XR2+ dan sistem operasi OriginOS Vision. Berat keseluruhan set kepala ialah 398 gram yang adalah lebih ringan berbanding Vision Pro.

image is not available

Sistem kamera yang diletakkan di bahagian depan membolehkan pengesanan jari dan kawasan sekeliling. Tiada alat kawalan diperlukan kerana peranti boleh dikawal dengan jari.

Terdapat juga ciri menjejak pergerakan mata. Seperti set kepala MR lain di pasaran, Vivo Vision mempunyai pilihan span untuk muka dan juga lensa diopter untuk pengguna rabun. Dua rekaan pengikat kepala juga diberikan. Peranti turut mempunyai ciri memaparkan kandungan daripada telefon pintar dan juga PC.

image is not available

Pemilik boleh menonton video dan gambar secara 3D, menggunakannya sebagai skrin 120″ secara maya dan bermain permua 3D MR. Walaupun telah dilancarkan, harga jualan belum diumumkan. Vivo Vision akan boleh diuji di beberapa stor di China bermula esok.

image is not available