Vivo memperkenalkan WATCH GT di pasaran Malaysia. Jam tangan ini hadir dengan reka bentuk kompak serta dilengkapi skrin AMOLED 1.85 inci melengkung 2.5D. Ia menggunakan sistem operasi vivo Blue OS dan menyokong lebih 100 mod sukan terbina.


WATCH GT juga mempunyai fungsi untuk memantau kesihatan seperti oksigen dalam darah (SpO₂), kadar denyutan jantung, tidur, tekanan, kitaran haid dan bunyi persekitaran. Ia menggunakan bateri berkapasiti 505mAh yang boleh bertahan sehingga 21 hari jika disambungkan dengan bluetooth sahaja.


WATCH GT turut menyokong sambungan LTE melalui eSIM di samping GPS dan NFC bagi memudahkan transaksi nirsentuh. WATCH GT dijual di Malaysia pada harga bermula RM499 (Summer Black) dan RM549 (Cloud White).


