Vivo X200 FE Dilancarkan Dengan Skrin 6.3″, Dimensity 9300+ dan Bateri 6500 mAh

TechnologyDigital
24 Jun 2025 • 2:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Berita menarik untuk peminat peranti kompak di dunia kerana Vivo X200 FE telah dilancarkan hari ini di Taiwan. Seperti dalam artikel pandang pertama yang kami terbitkan seminggu lalu, Vivo X200 FE hadir dengan skrin 6.3″ AMOLED 120Hz, dijana cip Dimensity 9300+, dipadankan dengan memori sehingga 12GB LPDDR5X RAM, storan sehingga 512GB UFS 3.1 dan bateri 6500 mAh yang menyokong pengecasan 90W.

image is not available

Kamera utama terdiri daripada lensa ultra lebar 50MP, ultra sudut lebar 8MP dan telefoto 8MP. Di hadapan sensor 50MP digunakan pada kamera swafoto. Lensa Zeiss digunakan pada kamera utama di belakang. Tubuh peranti melepasi piawaian IP69 dengan terdapat pengimbas cap jari terbina bawah skrin, speaker stereo, pemancar IR dan NFC.

image is not available

Sistem operasi yang digunakan ialah Funtouch OS 15 berasaskan Android 15. Walaupun peranti telah dilancarkan, harga belum lagi diumumkan cuma ia akan ditawarkan dalam warna Black, Pink, Yellow, and Blue