Antara sebab utama peminat Apple setia dengan produk mereka adalah kerana ekosistem yang menyokong multi peranti dengan cukup sempurna. Penghantaran fail dari MacBook ke iPhone sungguh mudah dengan sebuah iPad juga boleh digunakan sebagai skrin sekunder sebuah MacBook. Tetapi menarik sekali hari ini gambar Vivo X Fold3 tertiris menunjukkan ia memaparkan sistem operasi macOS.

Imej di atas dikongsi oleh Ice Universe menerusi laman Weibo beliau. Dapat dilihat X Fold3 dalam posisi dilipat memaparkan antaramuka macOS pada skrin atas dan papan kekunci maya di bahagian bawah. Beliau tidak mengatakan bagaimana sistem operasi ini dijalankan pada X Fold3 kerana mustahil sistem operasi Apple dijalankan pada perkakasan Vivo.

Sejauh manakah kebenaran imej di atas hanya akan diketahui apabila Vivo X Fold3 dilancarkan kelak. Yang diketahui setakat ini ialah peranti ini akan hadir dalam versi X Fold3 biasa dan juga X Fold3 Pro.
- Sumber
