Vivo X Fold5 Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Pada Bulan Ini

TechnologyDigital
12 Jun 2025 • 2:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo X Fold5 akan dilancarkan secara rasmi pada 25 Jun 2025 dengan beberapa peningkatan menarik. Telefon boleh lipat ini menawarkan ketahanan terhadap suhu ekstrem hingga -20°C serta penarafan IPX9+ untuk perlindungan terhadap air dan IP5X untuk perlindungan terhadap debu.

image is not available

Peranti ini akan hadir dengan tiga kamera belakang yang menggunakan teknologi ZEISS termasuk kamera telefoto periskop untuk hasil gambar yang lebih tajam. Sensor utama yang digunakan berkemungkinan Sony IMX921 50MP disertai dengan sensor ultra lebar 50MP dan telefoto periskop Sony IMX882 50MP.

image is not available

Paparan X Fold5 akan menggunakan panel LTPO 8T AMOLED yang menawarkan resolusi tinggi serta kecerahan puncak sehingga 4,500 nits. Skrin ini juga dilengkapi pensijilan pelindungan mata TÜV Rheinland 3.0 untuk penggunaan jangka panjang. Selain itu, teknologi ZEISS Master Color memastikan warna yang tepat dan memberikan kesan visual yang lebih memukau.

image is not available

Satu ciri yang cukup menarik ialah sokongan penuh terhadap Apple Watch menjadikannya telefon Android pertama yang boleh berintegrasi dengan ekosistem Apple. Pengguna boleh melakukan panggilan telefon, menerima notifikasi, dan menyimpan data kesihatan terus ke aplikasi kesihatan Vivo. Nantikan pelancaran rasmi untuk lebih banyak maklumat mengenai peranti ini.