Siri Huawei Pura80 Menggunakan Cip Kirin 9020

TechnologyDigital
12 Jun 2025 • 5:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei telah melancarkan siri Pura80 secara rasmi dengan empat model berbeza. Seperti kebiasaan, Huawei tidak menyenaraikan spesifikasi pemprosesnya secara terperinci. Namun, sehari selepas pelancaran, laporan Huawei Central mengesahkan bahawa siri ini menggunakan cip Kirin 9020.

image is not available

Cip Kirin 9020 yang digunakan dalam siri Mate70 tahun lalu, kini digunakan semula untuk model Pura80 Ultra dan Pura80 Pro+. Ia direka oleh Hisilicon dan dilengkapi dengan tiga teras Taishan iaitu 1 teras pada 2.5GHz (prestasi tinggi), 3 teras pada 2.15GHz (seimbang) dan 4 teras pada 1.6GHz (kecekapan tenaga).

Dua teras utama dalam cip ini menyokong hyperthreading yang membolehkan setiap satu menjalankan dua tugas serentak. Oleh itu, sesetengah perisian mungkin memaparkan konfigurasi sebagai 2+6+4 walaupun susunan sebenar ialah 1+3+4. Selain itu, cip ini dilengkapi dengan GPU Maleoon 920 yang beroperasi pada 840MHz untuk prestasi grafik yang lebih lancar.

image is not available

Buat masa ini, masih belum jelas cip mana yang digunakan dalam Pura80 Pro. Ia mungkin menggunakan Kirin 9020 yang sama tetapi pengesahan rasmi masih diperlukan. Sementara itu, model Pura80 standard dikatakan menggunakan Kirin 9020A iaitu varian Kirin 9020 dengan kelajuan CPU yang sedikit lebih rendah.