Vivo X Fold5 Bakal Hadir Dengan Butang Sisi Yang Boleh Diubahsuai

TechnologyDigital
18 Jun 2025 • 12:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo X Fold5 bakal dilancarkan secara rasmi di China pada 25 Jun 2025 dan dijangka turut ditawarkan di pasaran global seperti yang pernah dilakukan pada model XFold 3 Pro.

image is not available

Antara ciri menarik yang bakal diperkenalkan ialah fungsi Atomic Workbench iaitu sistem multitugas yang membolehkan sehingga empat aplikasi latar belakang dipaparkan dalam bentuk kad di samping satu aplikasi utama. Ciri ini menyerupai Apple Stage Manager dan pengguna boleh mengurus pelbagai tugasan secara automatik mengikut orientasi skrin sama ada melintang atau menegak.

image is not available

Selain itu, vivo bakal hadir dengan butang sisi yang boleh diubahsuai (configurable side button) iaitu ciri baharu yang menggantikan butang Alert slider biasa. Butang ini membolehkan pengguna menetakan hampir 12 fungsi berbeza mengikut keperluan, seperti membuka aplikasi tertentu, mengaktifkan mod senyap, atau mengawal kamera. Pendekatan ini seiring dengan trend terkini dalam industri seperti Action Button pada iPhone 15 Pro dan butang yang serupa pada OnePlus 13.

image is not available

Dari segi spesifikasi, X Fold5 dijangka hadir dengan cip Snapdrafon 8 Gen 3, paparan AMOLED LTPO 8T, serta sistem kamera ZEISS yang menggunakan sensor Sony IMX921 dan kamera telefoto periskop Sony IM882. Ia juga menyokong pengecasan pantas 90W, nirwayar 30W dan dilengkapi bateri 6000mAh.

Paling mencuri perhatian, X Fold 5 dijangka menjadi telefon Android pertama yang menyokong intergrasi Apple Watch. Menurut vivo, pengguna bukan sahaja boleh menerima panggilan dan mesej malah turut boleh menyelaraskan data kesihatan daripada Apple Watch terus ke aplikasi vivo Health.