Vivo X300 Ultra Bakal Tiba Di Malaysia Pada 14 Mei – Tempahan Awal Dibuka Dengan Hadiah Bernilai Sehingga RM4556

LocalTechnology
4 May 2026 • 5:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo X300 Ultra Bakal Tiba Di Malaysia Pada 14 Mei – Tempahan Awal Dibuka Dengan Hadiah Bernilai Sehingga RM4556

Satu lagi Ultra dinanti akan ke Malaysia tidak lama lagi. Vivo mengesahkan bahawa telefon baharu X300 Ultra mereka akan hadir ke Malaysia pada 14 Mei 2026. Ia berpotensi menjadi pesaing baharu kepada peranti Ultra dalam kelas sama yang baru sahaja dilancarkan tempoh hari sekali gus menjadikan segmen peranti mercu premium ini lebih menarik.

Image from: Vivo X300 Ultra Bakal Tiba Di Malaysia Pada 14 Mei – Tempahan Awal Dibuka Dengan Hadiah Bernilai Sehingga RM4556

Dalam perkembangan yang sama, mereka turut akan melancarkan vivo X300 FE yang dilihat sebagai satu lagi penawaran menarik. Kedua-duanya hadir tepat pada masa pengguna sedang mencari pilihan yang sesuai dengan kehendak masing-masing. Kemunculan Ultra ini di pasaran Malaysia juga menandakan kali pertama model ini dibawa masuk ke sini, selepas sebelum ini lebih tertumpu pada pasaran China sahaja. Hal ini pasti menarik perhatian bagi mereka yang mengikuti perkembangannya sejak awal.

Image from: Vivo X300 Ultra Bakal Tiba Di Malaysia Pada 14 Mei – Tempahan Awal Dibuka Dengan Hadiah Bernilai Sehingga RM4556

Tiada spesifikasi khusus dikongsikan oleh vivo termasuk di laman rasminya. Namun semakan mendapati pra-tempah untuk vivo X300 Ultra dan X300 FE kini telah dibuka dengan tawaran rebat tunai serta ganjaran eksklusif. Bermula sekarang sehingga 22 Mei 2026, pelanggan yang membuat tempahan awal berpeluang menikmati pelbagai ganjaran menarik termasuk rebat tunai dan aksesori fotografi premium.

Image from: Vivo X300 Ultra Bakal Tiba Di Malaysia Pada 14 Mei – Tempahan Awal Dibuka Dengan Hadiah Bernilai Sehingga RM4556

Untuk model vivo X300 Ultra, pembeli bakal menerima rebat tunai sebanyak RM900 bersama tripod fotografi aluminium COMAN bernilai RM299. Sementara itu, bagi peminat peranti kompak, pra-tempah vivo X300 FE didatangkan dengan ganjaran berupa pembesar suara JBL serta vivo Buds Pro dengan nilai keseluruhan hampir RM500.

Image from: Vivo X300 Ultra Bakal Tiba Di Malaysia Pada 14 Mei – Tempahan Awal Dibuka Dengan Hadiah Bernilai Sehingga RM4556

Sebagai nilai tambah, kedua-dua model ini turut disertakan dengan pakej perlindungan vivo Care yang merangkumi jaminan lanjutan selama satu tahun beserta perlindungan kerosakan skrin selama 180 hari. Pelanggan juga boleh memanfaatkan tawaran pembelian-dengan-pembelian (PWP) yang menyediakan diskaun sebanyak 30% untuk aksesori ZEISS Telephoto Extender Gen 2 dan Gen 2 Ultra lengkap dengan beg penyimpanan percuma. Selain itu, pakej Photographer Kit untuk model Ultra dan Telephoto Extender Kit untuk model FE turut ditawarkan pada harga lebih kompetitif dengan potongan sehingga RM300.