Oppo Find X9 Ultra dan Vivo X300 Ultra Kini Boleh Menghantar Fail Menggunakan Apple AirDrop

TechnologyDigital
1 May 2026 • 11:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tahun lalu peranti Pixel 10 mula menerima ciri menghantar dan menerima fail ke/dari peranti Apple menggunakan AirDrop menerusi Quick Share. Ia kemudiannya dikembangkan ke peranti siri Galaxy 26 pada Mac lalu. Hari ini ia disokong pula pada Oppo Find X9 Ultra dan Vivo X300 Ultra.

image is not available

Kemas kini QuickShare yang mengaktifkan sokongan ekosistem Apple mula diterima dua peranti di atas semalam. Sebelum ini peranti Oppo dan Vivo boleh melakukan pemindahan fail ke ekosistem Apple tetapi menerusi aplikasi pihak ketiga yang juag perlu dipasang pada peranti Apple.

Menerusi sokongan AirDrop menerusi Quick Share yang terbina pada semua peranti Android, sokongan rentas antara platform boleh dilakukan tanpa pemasangan aplikasi tambahan. Android telah mengesahkan ciri ini akan disokong pada semua peranti Android menjelang penghujung 2026. Selepas ini isu tidak boleh menghantar fail kerana perbezaan ekosistem tidak lagi akan berlaku.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved