Komputer Riba Di EU Kini Wajib Menyokong Pengecasan USB-C

TechnologyDigital
30 Apr 2026 • 9:47 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Majoriti komputer riba baharu yang dijual untuk pasaran Kesatuan Eropah (EU) kini diwajibkan mempunyai sekurang-kurangya satu port pengecasan USB-C. Penyeragaman port pengecasan ini selari dengan pengenalan arahan yang sama untuk telefon pintar serta beberapa lagi peranti elektronik yang diperkenalkan beberapa tahun yang lalu.

image is not available

Terdapat beberapa pengecualian diberikan kerana arahan ini hanya digunapakai pada komputer riba dengan kuasa 100W ke bawah. Komputer gaming kuasa tinggi masih boleh membekalkan kuasa menggunakan barrel plug yang digunakan selama ini.

Pada waktu yang sama pengeluar perlu menawarkan berkas yang menawarkan pembelian komputer riba tanpa pengecas disertakan kepada pengguna EU. Ini akan mengurangkan lambakan sampah elektronik serta mengurangkan kos kepada pengguna yang sudah memiliki pengecas sendiri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved