Vivo Y36 5G dilancar, telefon mampu milik dengan jaminan 2 tahun dan fon telinga TWS percuma

Digital
13 Jun 2023 • 5:37 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Vivo Malaysia hari ini melancarkan telefon 5G mampu milik terbaru, Vivo Y36 5G. Ia menampilkan kemasan yang menawan, dengan pilihan warna hijau Semporna yang diilhamkan daripada pantai jernih dan indah di Sabah.

Dengan Vivo Y36 5G, ia menawarkan prestasi 5G bersama storan besar, RAM boleh digandakan secara maya serta bateri besar dan pengecasan pantas.

Harga dan promosi Vivo Y36 5G

Orang ramai boleh mula mendapatkan telefon pintar Vivo Y36 mulai hari ini, 13 Jun 2023 di pelbagai saluran. Antaranya di kedai fizikal seperti kedai konsep Vivo dan pengedar sah Vivo Malaysia. Selain itu, ia juga terdapat atas talian di E-Store Vivo Malaysia, Lazada, Shopee dan TikTok rasmi Vivo Malaysia.

Hanya ada satu varian Vivo Y36 dijual di Malaysia dengan harga berikut:

  • Vivo Y36 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,099

image is not available

Sebagai promosi jualan awal, pembeli Vivo Y36 5G dari 13 hingga 16 Jun 2023, layak menerima hadiah percuma berupa jaminan lanjutan tahun kedua dan fon telinga TWS. Kedua-dua hadiah percuma ini bernilai RM298 dan diberikan sementara stok masih ada.

image is not available

Spesifikasi Vivo Y36 5G

Vivo memasang cip Mediatek Dimensity 6020 7nm dengan sokongan 5G ke dalam Vivo Y36. Dikatakan, ia setanding cip Snapdragon 695. Telefon ini disertakan RAM LPDDR4X 8GB dan storan dalaman seluas 256GB. Dengan RAM maya, ia boleh menjadikan jumlah RAM kepada 16GB.

image is not available

Di hadapan, ia dibekalkan skrin LCD seluas 6.64-inci dengan HD Penuh dan kadar penyegaran 60Hz. Lubang kecil di atas skrin, memuatkan kamera hadapan 16MP F2.45. Di belakang pula, terdapat kamera utama 50MP F1.8 dan kamera potret 2MP F2.4.

Vivo turut berbangga dengan bateri 5,000mAh di dalam Vivo Y36. Ini kerana ia menyokong pengecasan pantas FlashCharge 44W, menerusi sambungan USB-C. Kepala pengecas 44W turut diberi di dalam kotak.

image is not available

Walaupun dengan speaker mono, ia boleh menghasilkan bunyi selantang 73dB menerusi teknologi AudioBooster, yang mengepam bunyi 200% dari biasa. Bagaimanapun, tiada jek audio 3.5mm di telefon ini.

Terdapat dua warna disediakan untuk Vivo Y36 5G. Pertama adalah warna Hijau Semporna dengan kemasan seakan air jernih di Pulau Semporna, Sabah. Kedua pula warna hitam, yang dilapisi kemasan seakan kulit.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Vivo Y36 5G.

Bacaan Berkaitan