Vivy Yusof Dedah Hidap SLE Di ‘Newsletter’, Ramai Luah Rasa Simpati

Entertainment
7 May 2025 • 3:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi mereka yang masih mengikuti akaun Instagram pempengaruh dan juga pengasas DUCK, Vivy Yusof, korang pasti sedar yang kini Vivy mulai berkongsi penulisan mengenai kisah hidupnya dalam bentuk newsletter atau buletin yang dihantar ke emel kepada mereka yang melanggan.

Menerusi salah satu newsletter yang dihantar baru-baru ini, ada di kalangan pengikutnya mendedahkan isi kandungan emel tersebut di Thread yang memaklumkan tahap kesihatan pempengaruh ini.

Vivy dedah hidap SLE?

Dalam emel tersebut, Vivy mendedahkan yang dia mengalami lupus atau systemic lupus erythematosus (SLE) iaitu penyakit autoimun sistemik yang berlaku apabila sistem imun badan pesakit menyerang sel-sel dan organ tubuhnya sendiri.

image is not available

image is not available

Menerusi Sincerly Vivy, pempengaruh ini memberitahu bahawa dia agak terkejut dengan berita yang diterima dan perkara ini juga mengingatkannya akan seorang sahabat yang pernah menghidap lupus serta terpaksa menggunakan kerusi roda akibat sakit itu.

Perkongsian itu menerima pelbagai komen daripada netizen yang mana rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap Vivy kerana menghidapi penyakit itu.

image is not available

Namun ada juga yang mengecam dengan mengatakan netizen tidak sepatutnya berasa simpati dengan pendedahan itu dan mengaitkannya dengan kes SPRM yang dihadapi pempengaruh itu baru-baru ini.

image is not available

Apa-apapun kita doakanlah kesembuhan Vivy dan tunggu saja lanjutan kes SPRMnya nanti.

Sumber: Thread

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.