Vivy Yusof Kembali Tulis Blog, Peminat Perlu Langgan USD5 Sebulan Kalau Nak Baca

EntertainmentLifestyle
9 May 2025 • 3:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas teruk dikecam susulan isu perniagaannya, usahawan serta pempengaruh dikenali ramai, Datuk Vivy Yusof mengambil jalan dengan menguncikan (private) akaun media sosialnya tahun lalu demi ketenangan diri.

Vivy kembali menulis blog

Bagaimanapun, pada April lalu, Vivy telah membuka satu akaun baru yang boleh diikuti oleh pengikut serta kembali menulis blog, seperti yang pernah dilakukannya 20 tahun yang lalu di Proudduck.

Cumanya, penulisan blog kali ini ditulis di platform yang khas untuk penghasil konten yang menghasilkan bahan bacaan berlanggan.

image is not available

Terima kasih kerana sudi mengikuti bab baharu dalam hidup saya ini, ke mana sahaja ia akan membawa saya. Saya juga telah membuat keputusan untuk menjadikan Sincerely, Vivy sebagai langganan berbayar.

Bayar RM20.99 sebulan atau RM239.92 setahun

Jika seseorang itu membayar, individu terbabit boleh melihat penulisan Vivy dengan lebih ‘rapat’, di mana posting baru dikeluarkan setiap hari Selasa, dapat kod diskaun istimewa untuk jenama Vivy serta menjadi pembaca terawal untuk penulisan terbaru usahawan itu.

image is not available

Sekadar info, Vivy menawarkan dua pilihan untuk melanggan blog itu iaitu USD5 (RM20.99) sebulan atau USD55 (RM230.92) setahun.

Difahamkan, langganan berkenaan boleh dijadikan sebagai gift serta boleh dibatalkan pada bila-bila masa.

image is not available 5 days ago

"Rasa Risau Dan Sedih, Saya Taknak Jadi Begitu.." - Vivy Yusof Dedah Hidap SLE