Vokalis Kumpulan Terkenal Didakwa Arah Pembantu Rumah Culik Anak?

Entertainment
3 Jan 2024 • 10:58 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ibu bapa mana yang tak sayangkan anak, kan? Namun kalaupun sayangkan anak, bimbang juga kalau ia melibatkan hal culik menculik ini.

Terbaru, seorang pembantu rumah warga asing didakwa telah melarikan anak selebriti wanita, yang mana kejadian itu dilaporkan berlaku pada bulan lalu.

Selebriti wanita berkenaan yang juga dahulunya seorang penyanyi telah bertindak pantas dengan membuat laporan polis berkenaan kes tersebut di Balai Polis Ampang.

Menurut laporan, pembantu rumah tersebut sudah berjaya ditahan pada hari kejadian. Hasil siasatan juga mendapati, bekas suami selebriti wanita itu yang juga vokalis kumpulan terkenal didakwa menjadi dalang penculikan.

image is not available

Pembantu rumah tersebut juga mendedahkan yang dia telah diarahkan penyanyi lelaki itu untuk berbuat sedemikian kerana sudah lama tidak bertemu dengan anak lelakinya yang juga anak angkat mereka ketika masih bergelar suami isteri.

Dalam pada itu, bekas pasangan selebriti itu juga katanya akan membawa kes mengenai hak penjagaan anak ini di mahkamah syariah.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.