Volkswagen Mungkin Guna Perisian Huawei Pada Kereta Elektrik Mereka

TechnologyDigitalCars
18 May 2023 • 8:22 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Volkswagen kini dilaporkan berbincang dengan pihak Huawei, untuk menggunakan perisian Huawei bagi menguasakan kenderaan elektrik mereka. Volkswagen dijangka melakukan perkara ini di pasaran China, sekaligus memperluaskan pegangan pasaran di negara tersebut.

Dengan langkah ini, perisian Huawei dijangka menggantikan teknologi VW pada kenderaan mereka. Kumpulan VW yang turut menyertakan jenama seperti Audi dan Porsche dikatakan menerajui pasaran kereta di China, tetapi ketinggalan dalam arena kenderaan elektrik, dan menduduki kedudukan ke-9 di China.

image is not available

Penggunaan perisian Huawei akan memberikan kelebihan perisian yang dibangunkan tempatan pada kereta, dan mungkin membawa kepada penjualan kereta yang lebih tinggi. Penggunaan juga dijangka terhad ke pasaran China sahaja, memandangkan terdapat perang dagangan antara Amerika Syarikat dengan China – termasuk melibatkan halangan penggunaan teknologi semikonduktor yang dihasilkan di Amerika Syarikat oleh Huawei dan syarikat China lain.