Volvo XC90 Versi Kalis Peluru Diperkenalkan – Ini Teknologi Yang Digunakan...

TechnologyCars
7 Jul 2025 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

Pengeluar kenderaan mewah dari Sweden, Volvo, baru-baru ini telah memuat naik video di YouTube yang memperlihatkan model dan mendedahkan secara terperinci teknologi perlindungan yang digunakan pada Volvo XC90 Armoured.

Model ‘berperisai’ yang dibangunkan berasaskan Volvo XC90 versi facelift 2025 ini, diberikan lapisan perlindungan tambahan yang kebal dan kalis peluru untuk melindungi pengguna yang berisiko tinggi seperti ketua negara, kerabat diraja, diplomat dan tokoh penting.

Proses Penghasilan Perlindungan Berteknologi Tinggi

image is not available

Volvo menjelaskan bahawa proses pembuatan setiap XC90 yang kebal ini dimulakan dengan membongkar crossover mewah itu hingga ke kerangka logam. Kemudian, jurutera menggunakan teknologi imbasan 3D yang sofistikated untuk menghasilkan komponen perisai yang dipasang dengan kemas, tidak kelihatan terlalu ketara, tersembunyi pada struktur asal kenderaan.

image is not available

Bahan utama perisai adalah aramid kalis peluru yang juga digunakan dalam pembuatan baju kalis peluru, diletakkan di seluruh badan kenderaan termasuk bumbung.

image is not available

Volvo menggantikan semua tingkap dengan kaca yang diberikan lapisan berketebalan 19 mm, direka khas agar tidak mengganggu fungsi kamera dan sensor ADAS. Walaupun kaca lebih tebal, tahap penglihatan dalam kenderaan kekal baik. Namun, tingkap belakang kini tidak boleh dibuka bagi memastikan keselamatan maksimum.

Sijil Perlindungan Bertaraf Antarabangsa

XC90 Armoured ini memenuhi piawaian ketenteraan Amerika NIJ-IIIA dan piawaian keselamatan Eropah VPAM 2009, satu pencapaian unik dalam industri automotif. Badan kenderaan turut diperkuat dengan keluli tahan karat khusus pada bahagian sambungan dan tiang, tanpa menambah berat jentera secara berlebihan atau mengurangkan ruang dalaman dan keselesaan.

Prestasi dan Dinamik Pemanduan

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Walaupun dengan tambahan berat sekitar 320 kg, Volvo memastikan dinamik pemanduan XC90 versi ‘gagah’ ini hampir sama dengan versi biasa. Brek dipertingkatkan dan dipadankan dengan rim 20 inci khas yang tahan lasak. Model ini menggunakan kuasa hibrid plug-in T8 dengan 455 hp, memberikan jarak pemanduan elektrik sehingga 67 km (berbanding 77 km untuk model standard).

Harga Jualan

Volvo tidak mendedahkan harga rasmi model berperisai terbaru ini. Namun, model kebal pra-facelift yang ditawarkan pada 2019 dilaporkan berharga sekitar AS$450,000 (lebih kurang RM1.9 juta). Sebagai perbandingan, XC90 facelift biasa kini ditawarkan pada harga bermula dari RM434,888 (B5) dan RM442,888 (T8).

image is not available