WAGC: Pemain golf amatur dunia bertumpu di Desaru

28 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

WAGC: Pemain golf amatur dunia bertumpu di Desaru

Seramai 620 pemain golf amatur dunia dan delegasi dari 48 buah negara bakal mengambil bahagian dalam penganjuran tahunan Kejohanan Golf Amatur Dunia (WAGC) 2026 yang akan menutup tirai Sabtu ini.

Kejohanan tahun ini menerima jumlah penyertaan yang memberangsangkan.

Jika penganjuran yang sebelum ini melibatkan empat pusingan sahaja, namun buat pertama kali pihak penganjur mengambil pendekatan menambah satu lagi lapangan golf menjadikan jumlah sebanyak lima pusingan di lapangan berbeza.

Dua lapangan melibatkan Kelab Golf The Els bertempat di Desaru, Johor, selain dua lapangan di Forest City serta satu di Tanjung Puteri.


"Tahun ini mencatatkan penyertaan tertinggi kejohanan.

"Biasa mereka akan bermain empat pusingan tetapi kali ini penganjur tambah satu lagi.

"Mereka akan beraksi untuk 18 lubang sebanyak lima kali dan keputusannya bergantung kepada gabungan lima pusingan itu," kata Pengurus Besar Kelab Golf The Els, Harris Abdullah.

Penganjuran edisi ke-31 WAGC mengumpul komuniti golf antarabangsa dalam tempoh seminggu yang diisi dengan pertandingan, jalinan persahabatan serta pertukaran budaya.

"Peserta-peserta ini bukan bertujuan untuk beralih ke bidang profesional.

"Mereka ini terdiri daripada kalangan ahli perniagaan dan eksekutif syarikat," kata Presiden WAGC, Isac Saminathan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved