Wajah Mirip Arwah Ibu, Lelaki Berhasrat Temui Wan Maimunah -“Saya Teringin Nak Jumpa”

LocalFamily & Parenting
14 Mar 2025 • 6:22 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
wan maimunah

Seorang lelaki berhasrat temui pelakon air mata, Wan Maimunah susulan merasakan wajah selebriti itu persis allahyarham ibunya yang sudah meninggal dunia kira-kira 19 tahun lalu.

Wajah mirip arwah ibu

Menerusi hantaran yang dibuat pengguna media sosial dikenali sebagai Syukrie Sufian di Thread, dia telah menyatakan bahawa wajah pelakon itu hampir sama dengan ibunya dan teringin sekali bersua muka.

image is not available

Harap dapat bersua dengan Wan Maimunah tahun ini

Dia turut sempat bertanya tahun ini pelakon berkenaan beraya di mana memandangkan tahu Wan Maimunah sedang berniaga ayam bakar di Terengganu sepanjang Ramadan.

Jelas Syukrie lagi, keinginannya untuk bertemu dengan selebriti terbabit disebabkan rasa bersalah terhadap ibu kira-kira 19 tahun lalu dan berharap pertemuan tersebut dapat melegakan sedikit rasa yang disimpan selama ini.

image is not available

Anak saudara Wan Maimunah beri respon

Disebabkan hantaran yang dibuat lelaki terbab itu tular, anak saudara kepada pelakon berkenan telah memberi respon di ruangan komen Facebook dengan menyatakan bahawa pelakon itu bakal ada di Selatan Tanah Air berdekatan tarikh Aidilfitri nanti.

Jadi, pengguna Thread itu boleh bersua dengan ibu saudaranya jika berkelapangan di lokasi tersebut bagi memenuhi hasrat yang sudah lama tersimpan.

image is not available

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada warganet yang rata-rata mendoakan supaya urusan lelaki terbabit dipermudah bagi bertemu dengan Wan Maimunah.

Semoga pertemuan tersebut dapat berlangsung dengan baik agar melegakan sedikit rasa rindu yang sudah lama ditanggung.

Sumber: Thread syukriesufian, Facebook Syukrie Sufian