Wakil DAP P. Pinang buat laporan polis terhadap Tajuddin

Politics
29 Oct 2022 • 4:47 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

GEORGE TOWN: Wakil DAP Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan berbau perkauman, oleh penyandang kerusi Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (gambar) terhadap bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima Syerleena Abdul Rashid berkata pihaknya mahu polis menjalankan siasatan terhadap Tajudin, kerana kenyataannya disifatkan sebagai menyentuh sentimen perkauman.

“Penyandang Parlimen Pasir Salak itu dalam wawancara tersebut, telah membuat beberapa dakwaan dan kenyataan yang palsu malah menyentuh sentimen perkauman, yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis bersama penyandang Parlimen Jelutong RSN Rayer di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong mengesahkan dua wakil dari DAP hari ini membuat laporan polis berhubung perkara itu, namun enggan mengulas lanjut.

Sebelum ini media melaporkan Lim yang juga Pengerusi DAP, mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Tajuddin berhubung kenyataan penyandang kerusi Parlimen Pasir Salak itu, sewaktu menjadi ahli panelis program Wacana Sinar, mendakwa Lim menjadikan Kementerian Kewangan sebagai tokong Cina selain meminggirkan pegawai Melayu.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved