“Walau Ramai Kecam Tapi Bagusnya Dia Ni Sebab Tak Over Share..” – Jarang ‘Post’ Dengan Aslam, Marissa Dania Dipuji Netizen

EntertainmentLifestyle
14 Jul 2025 • 11:58 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, personaliti media sosial, Marissa Dania merupakan isteri kedua buat lelaki yang bernama Aslam dan mereka telah pun bernikah secara senyap di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.

Susulan berkahwin dengan lelaki berstatus suami dan bapa, Marissa telah dianggap sebagai ‘penyondol’ di mata warganet.

Jarang ‘post’ gambar dengan Aslam

Namun begitu, seorang individu di platform Threads memuji sikapnya yang jarang memuat naik hantaran bersama Aslam biarpun sudah mendirikan rumah tangga setahun lebih.

image is not available

Dalam pada itu, individu itu turut merasakan Marissa enggan terlalu berkongsikan foto bersama suami kerana tidak mahu mencetuskan rasa sakit hati buat pihak lain.

Sebab ada je jadi no.2 tapi sebaliknya.. Tak ada lah nanti netizen sakit hati lepas tu buat dosa free.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Umisya Mzln (@umisyamazlan)

Sekadar info, sebelum mengahwini Marissa, Aslam berkahwin dengan gadis bernama Umisya yang juga merupakan personaliti media sosial dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata hasil daripada perkahwinan yang dibina.

image is not available 2025-07-09 11:19:24

"Semoga Baby Dilahirkan Cukup Bulan & Sihat Sempurna.." - Marissa Dania Kini Hamil?