Waldan didera ibu tiri & bapa kandung kerana dia satu-satunya anak daripada perkahwinan terdahulu

14 Sep 2023 • 3:10 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Sepasang suami isteri ditahan semalam susulan pihak polis menerima laporan yang mendakwa pasangan itu mendera anaknya berusia enam tahun di Bahau.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, siasatan lanjut kemudian mendapati, mangsa telah didera oleh bapa kandung dan ibu tirinya.

Difahamkan, mangsa dijaga oleh bapanya sejak dari kecil lagi selepas ibu bapanya bercerai. Bapa mangsa kemudian berkahwin lagi dan mempunyai tiga anak.

@mrshamkedah

gamak betol mak tiri & bapak dia dera dia sampai mcm tu sekali….bru 6tahun kot….buat xmau2 sungguh…Allahuakbar#deraanak #sekadarperkongsian #support_me #supporteachother #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #zyxcba

♬ original sound – –

Sejak dari itu, mangsa yang merupakan anak daripada perkahwinan terdahulu diberi layanan teruk dan diskriminasi dari segi pengurusan, makanan dan lain-lain.

Kes masih dalam siasatan lanjut dan Waldan ketika ini sedang dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah di Kuala Pilah.

Terdahulu, tular video mangsa mendakwa matanya bengkak akibat ditumbuk oleh ibu tiri dan dia pernah dicampak oleh bapa kandungnya.

Tidak tahan dengan penderaan berterus mendorong mangsa mengambil keputusan untuk melarikan diri sebelum berjaya diselamatkan oleh orang awam.