Wanita 34 Tahun Ditemui Meninggal Dunia Di Kepong Central

6 May 2026 • 8:51 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Wanita 34 Tahun Ditemui Meninggal Dunia Di Kepong Central

KUALA LUMPUR – Seorang wanita berusia 34 tahun ditemui meninggal dunia di sebuah unit kondominium di Kepong Central, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas perubatan dari Hospital Selayang.

Tiada Kesan Kecederaan Atau Pergelutan

Menurut beliau, hasil pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kesan kecederaan atau tanda pergelutan pada tubuh mangsa.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat dari Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta menjejaskan privasi keluarga mangsa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sub Inspektor Basir Ahmad di talian 017-2993747 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222 bagi membantu siasatan. – The Malaysian Update

The post Wanita 34 Tahun Ditemui Meninggal Dunia Di Kepong Central appeared first on The Malaysian Update.