Seorang pengguna laman Threads menarik perhatian ramai apabila memuat naik satu tangkap layar perbualan antara anak gadisnya dan rakan di aplikasi WhatsApp.
Wajah anak mirip arwah Zara Qairina
Menerusi satu hantaran oleh Maria Liza, tangkap layar tersebut memaparkan gambar anak gadisnya Marsya Ilmi Zairul yang dikatakan mempunyai wajah mirip seperti pelajar Tingkatan 1, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17 Julai lalu.

Wanita itu menzahirkan rasa simpati yang mendalam kepada ibu Zara kerana meskipun anak mereka tidak sebaya dan tidak pernah bertemu, dia mengakui ramai yang mengatakan wajah anaknya mirip arwah sehingga ada yang membuat perbandingan.
“Kepada ibu Zara Qairina, anak kita tidak sebaya. Anak kita juga tidak pernah bersua. Kebetulan pula ramai yang kata sama hinggakan buat perbandingan begini. Syurga buat anakanda Zara Qairina… #justiceforzaraQairina” tulisnya pada Selasa.
Menerusi tinjauan di ruangan komen, ramai pengguna Threads meluahkan rasa sebak dan mengakui terkejut apabila melihat wajah kedua-dua remaja itu mempunyai persamaan.
Malah, terdapat segelintir individu menyifatkan kehadiran Marsya yang berusia 19 tahun pasti menjadi pengubat rindu buat ibu Zara.
Ya Allah, mirip sangat

Kalau ibu arwah tengok…

Terdahulu, Zara Qairina ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Datu Mustapha, Papar jam 4 pagi, 16 Julai lalu.
Sumber: Threads @iam.mar14
The post Wanita Akui Ramai Kata Wajah Anaknya Mirip Arwah Zara Qairina appeared first on Borak Daily.



