Wanita Asing Ditahan Di Airport Pulau Pinang Gara-gara Bergurau Bawa Bom Dalam Beg

1 Jan 2023 • 10:45 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hari lepas, seorang wanita asing telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang selepas bergurau mengatakan ada bom di dalam begnya ketika mahu menaiki kapal terbang.

Memetik laporan The Star, wanita terbabit bersama dua orang rakannya ketika itu dijadualkan untuk menaiki kapal terbang ke Medan, Indonesia pada jam 5.30 petang.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Difahamkan, wanita berkenaan mengatakan dia bergurau mempunyai bom di dalam begnya ketika begnya diperiksa di kaunter daftar masuk (check-in counter) di lapangan terbang itu.

Menurut Superitendan Kamarul Rizal Jenal iaitu Ketua Polis Daerah Barat Daya, wanita tersebut telah menyebut dengan kuat bahawa dalam begnya mengandungi bom dan beberapa orang lain termasuk staf di kaunter dan penumpang lain turut mendengar kenyataan wanita berkenaan.

Difahamkan, wanita tersebut merupakan warga Indonesia yang bekerja di sebuah kilang di Ipoh dan sehingga semalam, dia telah direman oleh pihak polis, lapor Berita Harian.

Kes ini juga telah disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana suspek telah membuat ugutan jenayah.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.