
WASHINGTON – Seorang anggota bomba di Amerika Syarikat (AS) mencuri perhatian dunia selepas diiktiraf secara rasmi oleh Guinness World Record sebagai anggota bomba wanita terpendek di dunia, lapor saluran berita United Press International.
Wanita berkenaan, Kelso, yang berketinggian 135 sentimeter (cm), telah berkhidmat selama lima tahun di Jabatan Bomba St. Pete Beach, Florida.
Dia sebelum ini pernah bekerja dalam sektor korporat sebelum dipujuk oleh rakan-rakan untuk menyertai bomba.
Menurut Kelso, pengiktirafan tersebut bermula daripada usikan di balai bomba tempat beliau bertugas.
“Saya tidak pernah menyangka perkara ini akan berlaku.
Ia bermula sebagai gurauan di balai bomba sahaja,” katanya kepada wakil Guinness World Record.
Rakan sekerjanya cuba membuat semakan dan mendapati dirinya berpeluang untuk memohon rekod berkenaan.
Selepas melalui pelbagai proses pengesahan dan pengukuran rasmi, akhirnya ia menjadi kenyataan. – AGENSI
The post Wanita berketinggian 135cm diiktiraf bomba terpendek di dunia appeared first on Kosmo Online.






