Wanita maut, Perodua Axia bertembung lori 10 tan

LocalCars
27 Sep 2026 • 3:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Wanita maut, Perodua Axia bertembung lori 10 tan

GUA MUSANG – Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori 10 tan di Felda Chiku 2 di sini hari ini.

Mangsa yang juga pemandu kereta jenis Perodua Axia disahkan maut di lokasi kejadian selepas tersepit di dalam kenderaan tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.52 tengah hari.

Katanya, kemalangan itu melibatkan empat mangsa termasuk pemandu dan kelindan lori yang tidak mengalami kecederaan.

“Mangsa yang tersepit dikeluarkan menggunakan alatan pemotong berkuasa bateri sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis.

“Penumpang yang cedera pula menerima rawatan awal daripada petugas Kementerian Kesihatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan. – KOSMO! ONLINE

The post Wanita maut, Perodua Axia bertembung lori 10 tan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved