Wanita Buat Laporan Dakwa Diperas Ugut & Dicabul Tiga Anggota Polis – “Cubit Payudara Ketika Berbincang”

LocalPolitics
19 Sep 2025 • 5:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang pelajar wanita tampil membuat laporan polis di Balai Polis Sentul dan mendakwa dia dan teman lelakinya telah diperas ugut dan dicabul oleh tiga anggota polis, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, berdasarkan laporan tersebut, kejadian itu berlaku di Jalan Sentul Pasar.

image is not available

Dakwa mangsa, mereka berdua telah ditahan dan diperas oleh tiga anggota itu untuk membayar RM10,000 selain dipaksa untuk melakukan hubungan seks dengan salah seorang anggota polis berkenaan.

Bukan itu sahaja, wanita tersebut turut mendakwa telah dicabul apabila salah seorang anggota polis mencubit payudaranya ketika berbincang.

Susulan itu, pihaknya telah menahan ketiga-tiga anggota berkenaan semalam di sebuah restoran bagi membantu siasatan berhubung laporan mangsa.

Semua individu terbabit direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

image is not available 2025-09-04 08:45:24

Anggota TUDM ‘Hilang’ 3 Hari, Rupanya Bersembunyi Di Rumah Teman Wanita Lepas Langgar Kereta Pegawai