Wanita Dakwa Pelakon Ikhlas Jalil Paksa Gugurkan Kandungan Dah Buat Laporan Polis – ” Dia Boleh Pilih Berdiam Diri Atau Nak Bertanggungjawab”

LocalEntertainment
4 Mar 2025 • 10:27 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang wanita bernama Hana sebelum ini mendedahkan aktor lelaki yang memaksanya untuk mengugurkan kandungan telah menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi.

Hana yang merujuk kepada pelakon Ikhlas Jalil turut memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan polis berhubung isu tersebut.

Ujarnya, dia ada mencari dan menghubungi Ikhlas untuk berbincang namun usahanya gagal.

Awalnya saya minta untuk selesaikan secara baik tanpa perlu sampai ke tahap ni (polis) tapi dia memang tak dapat dihubungi langsung Saya juga cuba mencarinya melalui rakan-rakan saya, tetapi dia langsung tidak menjawab panggilan.

Jadi ini saja jalannya. Dia boleh pilih untuk berdiam diri atau bertanggungjawab kerana laporan sudah dibuat.

Difahamkan, kandungan tersebut telah gugur pada Januari 2025 yang lalu.

Malah menurut Hana, beberapa individu lain turut tampil dan mendakwa turut menjadi mangsa aktor itu.

Selepas isu ini viral , ada 2 hingga 3 orang yang pernah kenal dia dan juga pernah jadi mangsa.

Mereka tidak mahu membuka aib sendiri, jadi mereka hanya mendiamkan diri selama ini. Bekas teman wanitanya juga ada yang menghubungi saya dan mendedahkan sikap sebenar Ikhlas.

image is not available

image is not available

Media juga kini sedang berusaha untuk mendapatkan kenyataan daripada Ikhlas Jalil berhubung isu tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 days ago

Wanita Tampil Buat Pendedahan, Dakwa Pelakon Lelaki Larikan Diri Selepas Hamilkan - "Dia Terus 'Block', Minta Gugurkan"