Tular Pelakon Tak Bertanggungjawab Lepas Hamilkan Wanita, Mangsa Dedah Identiti & Buat Laporan Polis

Entertainment
4 Mar 2025 • 10:36 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular satu kes apabila seorang wanita mendakwa dia telah dihamilkan oleh seorang pelakon lelaki yang kemudiannya tidak mahu bertanggungjawab. Malah wanita tersebut turut mendakwa bahawa pelakon tersebut meminta untuk menggugurkan kandungan itu.

Tidak berdiam diri, wanita tersebut terus mendedahkan identiti pelakon yang telah melakukan perbuatan kejam tersebut terhadapnya. Menerusi TikTok, wanita yang dikenali sebagai Farrah Hannah itu menjelaskan yang dirinya sudah hilang sabar.

Video tersebut memperlihatkan pelakon Ikhlas Jalil sedang menari dan wanita tersebut mendakwa dia adalah individu yang dimaksudkan.

Dalam pada itu, sumber memberitahu bahawa Hannah ada cuba menghubungi Ikhlas selepas kejadian itu untuk selesaikan cara baik namun, Ikhlas hanya mendiamkan diri.

“Awalnya saya minta untuk selesaikan secara baik tanpa perlu sampai ke tahap ni (polis) tapi dia memang tak dapat dihubungi langsung Saya juga cuba mencarinya melalui rakan-rakan saya, tetapi dia langsung tidak menjawab panggilan.”

“Jadi ini saja jalannya. Dia boleh pilih untuk berdiam diri atau bertanggungjawab kerana laporan sudah dibuat.”

Hannah yang sudah mengenali Ikhlas hampir setahun itu menjelaskan bahawa dia mula sedar kehamilannya itu pada Disember tahun lalu dan katanya, Ikhlas sendiri sudah sedia maklum, dakwanya Ikhlas mendesaknya untuk gugurkan kandungan tersebut.

“Saya mengesannya pada usia kandungan dua minggu kerana lambat datang haid. Setiap kali mengalami kelewatan, saya memang akan maklumkan kepadanya.”

“Namun, sebaik sahaja dia tahu saya hamil, dia terus mendesak saya untuk menggugurkan kandungan kerana tidak mahu perkara ini diketahui orang lain.”

Jelas Hannah lagi, kandungan tersebut telah pun gugur pada Januari lalu. Akui Hannah, pada awalnya dia enggan untuk menggugurkannya namun terpaksa akur setelah pelakon itu dikatakan merayu dan memaksanya.

image is not available

Bukan itu sahaja, Hannah mendakwa masih ada beberapa wanita hubunginya mendakwa mereka juga jadi mangsa.

“Selepas isu ini viral , ada 2 hingga 3 orang yang pernah kenal dia dan juga pernah jadi mangsa.”

“Mereka tidak mahu membuka aib sendiri, jadi mereka hanya mendiamkan diri selama ini. Bekas teman wanitanya juga ada yang menghubungi saya dan mendedahkan sikap sebenar Ikhlas.”

Saat ditanya oleh sumber jika Ikhlas hadir kepadanya untuk bertanggungjawab, Hannah menjelaskan bahawa keputusan itu bukan lagi di tangannya.

image is not available

“Saya akan bertanya kepada keluarga dahulu. Saya tidak mahu membuat keputusan sendiri kerana takut tersilap lagi. Namun, jika dia masih berdiam diri, laporan tetap berjalan dan tindakan mahkamah akan dikenakan.”

Sehingga kini, masih belum lagi ada sebarang kenyataan daripada Ikhlas Jalil berkenaan isu ini.

Sumber : TikTok, OhBulan!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.