Wanita Dari Kuching Mengaku Tidak Bersalah Selepas Simbah Suami Kopi Panas

13 Jul 2023 • 4:15 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tertuduh telah pun dihadap ke mahkamah

Wanita Dari Kuching Mengaku Tidak Bersalah Selepas Simbah Suami Kopi Panas. Seorang wanita yang dituduh mencederakan suaminya dengan menyimbah kopi panas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini.

Hakim Musli Ab Hamid membenarkan, untuk dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM5,000, dengan RM2,000 didepositkan bersama seorang penjamin tempatan.

image is not available
Wanita Dari Kuching Mengaku Tidak Bersalah Selepas Simbah Suami Kopi Panas. Kredit: Borneo Post

Musli juga menetapkan 15 Ogos sebagai tarikh untuk pengurusan kes tersebut.

Menurut laporan daripada The Borneo Post, wanita itu dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada suaminya yang berusia 37 tahun dalam satu kejadian pada 14 Mei lalu, sekitar jam 10 pagi di sebuah rumah di Jalan Dahlia 1, Taman Matang Indah di sini.

image is not available
Sumber: The Borneo Post

Pertuduhan ini berdasarkan Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau kedua-duanya.

image is not available

Mangsa telah menerima rawatan di hospital untuk kecederaan kulitnya yang melecur akibat disimbah dengan kopi panas.

Pendakwaan kes ini dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norshafatihah Nor Azmi, sementara tertuduh tidak diwakili oleh peguam.

Baca lagi artikel menarik: