Wanita didakwa buang bayi

LocalPolitics
24 Jul 2025 • 10:33 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Seorang wanita berusia 24 tahun didakwa meninggalkan seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan di hadapan sebuah rumah di Kampung Burung, Jalan Bakawali, pada 18 Julai lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi itu dibacakan ke atas tertuduh di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani di Mahkamah Majistret, di sini, pada Rabu.

Seksyen itu membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh dan Mahkamah menetapkan 9 September 2025 sebagai tarikh sebutan kes sementara menunggu keputusan ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA).

Tertuduh didakwa membuang bayi lelaki terbabit di hadapan sebuah rumah di Kampung Burung, Jalan Bakawali kira-kira jam 3 pagi pada 18 Julai.

Bayi itu ditemui masih hidup oleh orang awam yang segera memaklumkan pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia pada jam 7.02 malam hari sama kerana dilahirkan tidak cukup bulan dan mempunyai berat badan yang terlalu rendah. Wanita terbabit kemudian ditahan pada 20 Julai di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.