
Kota Kinabalu: Seorang wanita berusia 39 tahun yang didakwa memiliki 5,000kg baja Urania tanpa lesen, ditetapkan tarikh sebutannya pada 22 Ogos ini.
Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menetapkan tarikh sebutan semula kes Hermalin Abdullah itu untuk pengurusan kes pra-perbicaraan pada Khamis.
Pihak pendakwaan juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa semua dokumen telah diserahkan kepada Hermalin.
Tarikh perbicaraan akan ditetapkan pada tarikh sebutan di mana kes itu akan disebut di Mahkamah Sesyen Kudat.
SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more Hermalin dituduh menyimpan baja itu secara haram di dalam bot pada pukul 6.15 pagi 3 April tahun ini di perairan Pulau Guhuan, Kudat.
Kesalahan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 itu boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1) Akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1 juta, atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah melanjutkan ikat jamin yang ditawarkan kepada Hermalin.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Risal Abd Fikkah manakala Hermalin tidak diwakili peguam.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


