Wanita dikhuatiri lemas dihanyutkan kepala air

21 Nov 2026 • 8:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Wanita dikhuatiri lemas dihanyutkan kepala air
Seorang wanita yang berada di seberang sungai berjaya diselamatkan oleh pihak bomba. Foto JBPM Perak

IPOH - Seorang wanita berusia 21 tahun dikhuatiri lemas dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air di Air Terjun Puncak Jelapang, Meru Raya, dekat sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 10 kilometer selepas menerima panggilan pada jam 5.14 petang.

"Seorang wanita yang berada di seberang sungai berjaya diselamatkan oleh pihak bomba manakala seorang lelaki yang berada di tebing turut berjaya diselamatkan.

"Seorang lagi mangsa lelaki yang hanyut telah berjaya menyelamatkan diri daripada dibawa arus deras. Kesemua mangsa yang terselamat berusia lingkungan 20-an," menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Sabarodzi berkata, operasi tertumpu kepada mencari dan menyelamat mangsa wanita yang dilaporkan hilang namun keadaan arus air ketika ini masih deras.

Beliau berkata, sebanyak sembilan anggota bomba terlibat dalam operasi itu dengan bantuan pelbagai jentera. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved