260 Pelarian Rohingya ‘Mendarat’ Di Aceh, Mengadu Tak Diterima Dari Malaysia

Entertainment
6 Jan 2025 • 5:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Lebih 260 pelarian Rohingya termasuk wanita dan kanak-kanak tiba di pantai Aceh, Indonesia selepas berlayar di laut selama beberapa hari.

Memetik laporan Kosmo!, seorang pegawai di Aceh Timur memaklumkan kumpulan pelarian itu tiba di sebuah pantai dekat bandar Pereulak Barat, rantau berkenaan malam semalam, sekitar pukul 10.25 malam.

“Jumlah mereka adalah 264 orang, dengan 117 lelaki dan 147 wanita dan sekitar 30 orang adalah kanak-kanak,” kata pegawai itu.

image is not available

Menurutnya, kumpulan pelarian itu pada awalnya menaiki dua bot tetapi sebuah bot tenggelam di tengah laut, manakala bot kedua berupaya bergerak ke pantai.

“Mereka memberitahu saya bahawa mereka tidak diterima di Malaysia,” katanya.

Difahamkan, kedatangan pelarian Rohingya di Indonesia bergantung kepada musim. Jumlah mereka berkurang pada bulan monsun dan meningkat semula apabila cuaca laut lebih baik.

Terdahulu, seramai 196 pelarian Rohingya dilaporkan telah ditahan pada awal pagi Jumaat selepas mereka mendarat di Pantai Teluk Yu, Langkawi, Kedah.

Pelarian ini menaiki bot dari Myanmar selama 10 hari sebelum sampai ke Malaysia. Susulan itu, mereka yang ditahan telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia bahagian Langkawi untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.