Wanita Ditemui Maut Di Parkir Pusat Beli-Belah

30 Oct 2025 • 8:36 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Wanita Ditemui Maut Di Parkir Pusat Beli-Belah

KUCHING, 30 Okt (Bernama) — Seorang wanita tempatan berusia lingkungan 20-an ditemui maut di dalam sebuah kereta yang diletakkan di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, pihak polis menerima laporan daripada orang awam pada kira-kira pukul 1.55 tengah hari mengenai seorang wanita yang tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan.

“Sepasukan anggota polis segera dikerahkan ke lokasi dan mendapati wanita tersebut terbaring tidak bergerak di tempat duduk pemandu.

“Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya turut dipanggil untuk membantu membuka pintu kereta yang berkunci dari dalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Alexson berkata, wanita berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pembantu perubatan. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes ini diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut (Sudden Death Report, SDR),” tambahnya.

Sumber: BERNAMA