Wanita ditikam kekasih gara-gara mahu putus hubungan

16 Aug 2023 • 1:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

AMPANG - Gara-gara menyatakan hasrat mahu memutuskan hubungan cinta, seorang wanita cedera ditikam kekasihnya dalam kejadian di kawasan parkir sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini pada 6 Ogos lalu.

Bagaimanapun suspek kemudiannya berjaya diberkas polis di pekarangan Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato Onn, Johor Bahru pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek merupakan lelaki warga tempatan berumur 41 tahun.

"Dalam kejadian pada 6 Ogos itu, polis menerima laporan pada jam 2.52 pagi berkaitan kejadian melibatkan seorang wanita tempatan dipercayai ditikam suspek di kawasan parkir kenderaan di kondominium tersebut.

"Suspek turut bertindak memancitkan tayar kereta selain memecahkan cermin hadapan kereta mangsa ketika mangsa berada di dalam kereta," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Mohd Azam berkata, siasatan mendapati suspek bertindak sedemikian disebabkan mangsa mahu memutuskan hubungan cinta.

"Semakan juga mendapati suspek memiliki dua rekod jenayah lampau dan suspek kini direman empat hari bagi siasatan lanjut," katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved