Wanita Dituduh Curi Dua Paket Milo Dibebaskan, Individu Pemurah Bayarkan Ikat Jamin

26 Jul 2022 • 5:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pada bulan Mei lalu, seorang wanita ditahan apabila cuba mencuri dan melarikan dua paket minuman Milo di sebuah pasar raya.

Insiden yang berlaku di Marang itu menjadi bualan hangat di media sosial kerana tertuduh berdepan dengan hukuman penjara 14 bulan terhadap wanita tersebut walaupun nilai barangan yang dicurinya itu hanyalah RM 74.

Pun begitu, hari ini dalam laporan FMT, seorang individu telah bermurah hati untuk membayar ikat jamin sebanyak RM 3,000 untuk membebaskan wanita tersebut.

image is not available

Peguam Suhaini Mohd, Naran Singh berkata wanita tersebut diikat jamin di Mahkamah Majistret Marang supaya ibu beranak empat itu dapat dibebaskan daripada penjara Pengkalan Chepa di Kota Bharu.

Sebagai info, kes curi itu dirakam kamera keselamatan pasar raya tersebut dan pemiliknya mengekori Suhaini sebelum cuba menahannya.

Dia yang sedang berada dalam keadaan tergesa-gesa meninggalkan motosikalnya di stesen bas Marang sebelum ditahan di rumahnya di Kampung Baru Kuala Abang, Dungun selepas pihak polis mengesannya menggunakan nombor pendaftaran motosikal itu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.