Wanita Filipina dipenjara 28 bulan miliki MyKad palsu

5 Aug 2026 • 3:54 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Wanita Filipina dipenjara 28 bulan miliki MyKad palsu

Kota Kinabalu: Seorang wanita warga Filipina berusia 44 tahun dijatuhi hukuman penjara selama 28 bulan oleh Mahkamah Majistret pada Selasa selepas mengaku bersalah memiliki MyKad palsu.

Majistret Marilyn Kelvin menjatuhkan hukuman itu terhadap Rowena Lienado selepas wanita berkenaan mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya pada Selasa.

Rowena didakwa memiliki dokumen pengenalan palsu atas nama Norain Abd Rahman dengan nombor siri 901122-12-6620 pada jam 6.20 petang, 30 Julai lalu di Balai Polis Inanam.

Dia didakwa mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapannya dan dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman.

Berdasarkan fakta kes Rowena ditahan dalam satu Ops Bersepadu sebelum pemeriksaan cap jari mendapati rekodnya tidak wujud dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Siasatan lanjut kemudian mengesahkan bahawa MyKad yang dimiliki wanita itu adalah palsu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara Mohamad Faisal Tahir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved