
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Umum mengetahui, umat Islam yang solat berjemaah sama ada di masjid, surau mahupun rumah akan mendapat ganjaran pahala yang lebih berbanding sembahyang bersendirian.
Bagaimanapun, seorang makmum juga terutamanya yang sering berada di saf hadapan perlu lah tahu mengenai kaedah untuk mengetuai solat sekiranya imam terbatal solatnya atas sebab-sebab tertentu.
Mungkin ramai yang mengetahui cara menggantikan imam ketika qiam, bagaimanapun masih ada yang keliru bahkan tidak tahu cara mengetuai solat ketika berada dalam keadaan sujud.
Influencer kongsi cara makmum ganti imam ketika sujud
Susulan itu, seorang influencer lelaki dikenali sebagai Fakhru Shah tampil berkongsi tindakan yang perlu dilakukan oleh makmum saf hadapan sekiranya imam terbatal solat ketika sujud kerana terkentut.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram @fakhru_shah98, beliau memulakan video menunjukkan beberapa cara yang salah menggantikan imam dalam senario tersebut.
Kaedah menggantikan imam ini perlulah diketahui sekiranya korang diberi amanah untuk mengetuai solat ketika itu.
Ini cara yang salah
Sebelum berkongsi cara yang betul, Shah menunjukkan beberapa cara yang salah yang tidak sepatutnya dilakukan oleh makmum mahupun imam yang ingin diganti.
Berikut cara-cara yang salah:
- Terus angkat kepala dan bercakap selepas diarah imam untuk menggantikannya
- Bergerak ke hadapan dalam keadaan sujud untuk menggantikan imam
- Imam pergi meninggalkan jemaah begitu sahaja selepas terkentut ketika sujud
Caranya mudah sahaja, tetapi boleh menjadi masalah besar sekiranya tidak tahu bahkan boleh menyebabkan solat terbatal.
Cara yang betul untuk menggantikan imam ketika solat
Menurut Shah, cara yang betul adalah imam perlulah memberitahu makmum untuk menggantikannya terlebih dahulu.
Selepas beredar, makmum yang diarah untuk menggantikan imam harus menguatkan suaranya semasa takbir agar diketahui oleh makmum yang lain sehingga qiam.
Apabila makmum yang menggantikan imam tadi dan jemaah-jemaah yang lain sudah berada dalam keadaan qiam, barulah dia perlu bergerak tidak melebihi dua pergerakan ke hadapan untuk menggantikan posisi imam.



Mudah je kan? Semoga perkongsian ini bermanfaat buat korang semua.
Nak lagi mudah faham, tonton video penuh di bawah:


![Imam Jelaskan Sebab & Cara Melakukan Sujud Sahwi [Video]](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)