Wanita ganggu, kasari kanak-kanak di pusat beli-belah ditahan polis

3 Nov 2026 • 10:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Wanita ganggu, kasari kanak-kanak di pusat beli-belah ditahan polis
Tangkap layar video tular seorang wanita yang mengganggu pengunjung dan pelanggan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang wanita hari ini bagi membantu siasatan berhubung insiden mengganggu pengunjung dan pelanggan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, wanita berusia 25 tahun itu ditahan pada jam 5.40 petang di Bandar Sri Damansara.

"Hasil siasatan awal, wanita itu mengaku terbabit dalam kejadian berkenaan," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur melalui talian 03-2146 0522 atau 03-2146 0585, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi 03-2600 2222 atau hadir ke balai polis berhampiran.

Pada Ahad lepas, tular melalui media sosial memaparkan pergaduhan antara seorang wanita dan seorang lelaki selepas wanita itu dipercayai mengasari kanak-kanak di sebuah pusat beli-belah. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved