Warga asing maut 4WD rempuh belakang lori

15 Jul 2024 • 4:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Seorang warga asing berusia 67 tahun maut selepas pacuan empat roda (4WD) dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori, yang parkir di bahu jalan di Jalan Tengah Nipah, di sini, Ahad.

Polis Daerah Lahad Datu, ACP Dzulbaharin Ismail berkata, mangsa dikatakan memandu dari arah Tungku ketika kejadian kira-kira jam 5.04 pagi.

Dzulbaharin berkata, siasatan mendapati mangsa memotong sebuah Perodua Alza, bagaimanapun apabila mangsa cuba masuk semula ke lorong, pemandunya hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

“4WD itu kemudiannya terbabas dan merempuh bahagian belakang lori yang diletakkan di bahu jalan di sebelah kiri menyebabkan 4WD itu terbabas ke arah parit.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Impak kemalangan menyebabkan pemandu maut di tempat kejadian dan kematiannya disahkan oleh penolong pegawai perubatan,” katanya.

Menurut Dzulbaharin, mangsa dibawa ke Hospital Lahad Datu dan sampel darah diambil untuk alkohol serta ujian dadah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp.

Mohammad Humaidi di 089-881255 atau datang ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Dalam pada itu, Dzulbaharin mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati semasa memandu bagi mengelak sebarang kemalangan.

Beliau turut menegaskan agar syarikat, pemilik atau pemandu kenderaan komersial tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan tanpa meletakkan sebarang papan tanda kerana ia boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan susulan kejadian itu pukul 5.48 pagi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu dikerahkan ke lokasi kejadian.

Pasukan itu mengeluarkan seorang lelaki yang terperangkap di dalam 4WD.

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menamatkan operasi pada 6.40 pagi selepas memastikan tiada bahaya lain di tempat kejadian.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.