Wanita Hiba Anak Lapan Tahun Derita Disihir – “Ingatan Dia Masih Hilang, Tiap Malam Menangis”

19 Mar 2025 • 10:30 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang wanita meluahkan rasa hiba apabila dia dan keluarganya menjadi mangsa sihir daripada individu yang dikenali.

Walaupun dia dan keluarga semakin sembuh, namun apa yang lebih menyedihkan anak lelakinya yang berusia lapan tahun kini terpaksa menderita akibat perbuatan khurafat tersebut.

Menurut wanita itu yang dikenali sebagai Putri, anak lelakinya itu hampir meninggal dunia dan masih menjalani rawatan untuk memulihkan semula kesihatannya.

Anak lapan tahun derita disihir

image is not available

“Saya baru ada kekuatan untuk kembali semula, saya lama diam bukan sengaja tapi saya dan sekeluarga sedang berjuang melawan sihir.

“Tapi bila saya semakin baik, anak saya yang berusia lapan tahun terkena sihir. Sihir itu sebenarnya dituju kepada saya tapi yang terkena anak saya.

“Anak-anak saya yang lain terkena sikit dan semakin sembuh tapi anak saya yang umur lapan tahun ni terkena paling teruk dan hampir mati.

“Sekarang dia makin pulih tapi ingatan dia masih hilang dan tiap-tiap malam akan menangis minta tolong kerana masih dalam kesakitan,” katanya dalam sebuah hantaran di Facebook, baru-baru ini.

Anak lapan tahun derita disihir

image is not available

Dakwanya, sihir tersebut boleh dihentikan sekiranya si penghantar berhenti memberi makan kepada makhluk tersebut dan secara tidak langsung akan meninggalkan badan anak lelakinya.

Susulan itu, Putri memohon kepada si penghantar yang dipercayai menetap di Simpang Renggam untuk berjumpa dengannya sebelum dia mengambil tindakan selanjutnya.

“Anak saya masih dalam keadaan tidak baik, 16 orang ustaz kami dah cuba berubat dan masih lagi dalam rawatan pihak hospital. Alhamdulilah pihak hospital juga banyak bantu dan beri sokongan kepada kami.

“Saya memang terdesak cari perempuan itu sebab dia sahaja boleh hentikan sihir ini sebab makhluk yang dia hantar diberi makan (menurut peramal perubatan Islam).

“Jika makhluk itu tidak diberi makan, ia akan lemah dan makin lemah dan akan tinggalkan badan anak saya. Tapi itulah dia lari-lari tak nak jumpa, mengelak dan sekat saya,” ujarnya.

image is not available

Netizen turut bersimpati

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib malang yang menimpa keluarga berkenaan dan mereka tidak dapat mengawal kemarahan kepada penghantar sihir yang tergamak melakukan amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

image is not available

Semoga dipermudahkan urusan

Dalam pada itu, ramai mendoakan agar urusan Putri sekeluarga dipermudahkan dan berharap anak lelakinya kembali pulih seperti sedia kala.

image is not available

Sumber: Facebook @Kak Putri