Wanita Hilang Sejak 9 April Ketika Dalam Perjalanan Ke SPRM

LocalPolitics
3 May 2025 • 12:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang wanita telah dilaporkan hilang pada 9 April yang lalu dan masih belum ditemui sehingga kini.

Memetik laporan Harian Metro, kehilangan wanita itu difahamkan berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan untuk memberi keterangan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung satu kes yang sedang disiasat oleh SPRM.

image is not available

Sumber : Harian Metro 

Pihak polis telah mengesahkan kehilangan wanita itu dan turut mengesahkan bahawa wanita itu yang dijadualkan untuk hadir ke SPRM pada hari itu tidak hadir ke pejabat SPRM Putrajaya pada tarikh berkenaan untuk memberi keterangan.

Difahamkan, wanita berkenaan telah beberapa kali datang ke SPRM sebelum ini untuk memberi keterangan mengenai kes yang sedang disiasat oleh pihak SPRM.

Peguam mangsa telah membuat laporan polis berkaitan kehilangan ini.

image is not available

Menurut Malaysia Kini, ketika dalam perjalanan ke pejabat SPRM, mangsa telah memaklumkan kepada peguamnya menerusi aplikasi WhatsApp bahawa dia sedang dalam perjalanan ke pejabat berkenaan dengan menaiki sebuah kereta e-hailing.

Kereta yang dinaiki oleh mangsa kemudiannya telah dipintas oleh tiga buah kenderaan.

image is not available

gambar hiasan

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 4 days ago

"Dia Tenung Saya Lama.." - Wanita Kongsi Pengalaman Seram 'Check In' Hotel Di Jepun, Temui Lelaki Sembunyi Di Bawah Katil Hotel