Seorang Wanita Dilaporkan Hilang Ketika Dalam Perjalanan Untuk Beri Keterangan Di SPRM

LocalPolitics
3 May 2025 • 10:54 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang wanita dilaporkan telah hilang pada 9 April lalu dan masih belum ditemui sehingga kini.

Memetik laporan Harian Metro, kehilangan wanita itu difahamkan berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan untuk memberi keterangan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung satu kes yang sedang disiasat oleh SPRM.

Kehilangan wanita itu telah disahkan oleh pihak polis dan pihak SPRM juga turut sama mengesahkan bahawa wanita itu yang dijadual hadir untuk ke SPRM pada hari itu tidak hadir ke pejabat SPRM Putrajaya pada tarikh berkenaan untuk memberi keterangan.

image is not available

Difahamkan juga, wanita berkenaan tealah beberapa kali datang ke SPRM sebelum ini untuk memberi keterangan mengenai kes yang disiasat pihak SPRM.

Peguam mangsa telah membuat laporan polis berkaitan kehilangannya ini.

image is not available

Menurut laporan Malaysia Kini, ketika dalam perjalanan ke pejabat SPRM, mangsa telah memaklumkan kepada peguamnya menerusi aplikasi WhatsApp bahawa dia sedang dalam perjalanan ke pejabat berkenaan dengan menaiki sebuah kereta e-hailing.

Difahamkan, kereta yang dinaiki oleh mangsa kemudiannya telah dipintas oleh tiga buah kenderaan dan setakat ini, mangsa masih tidak ditemui sejak kehilangannya pada 9 April lalu.

 

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.