Wanita hilang semua jari tangan kiri, tersepit mesin pengisar

10 Sep 2026 • 2:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Wanita hilang semua jari tangan kiri, tersepit mesin pengisar

ALOR GAJAH – Kesemua jari tangan kiri seorang pekerja kilang wanita hancur dan putus selepas tersepit pada mesin pengisar di sebuah premis memproses makanan di Kawasan Perindustrian Kelemak, di sini, hari ini.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Tc. Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 10.50 pagi dan seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, setiba di premis tersebut, pasukan bomba mendapati tangan kiri mangsa berusia 25 tahun telah tersepit pada sebuah mesin pengisar.

“Bagi menyelamatkan mangsa, pihak bomba membawa mangsa ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan bius sebelum mesin pengisar berkenaan dibuka.

“Selepas prosedur bius dilaksanakan, operasi menyelamat dilakukan dengan memutarkan semula mesin ke arah bertentangan dan tangan mangsa berjaya dilepaskan dalam tempoh kurang daripada lima minit,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang telah bekerja di kilang berkenaan sejak empat tahun lalu kemudian menerima rawatan lanjut daripada pihak hospital susulan kecederaan dialami.

Katanya, mesin pengisar berkenaan turut menjalani proses disinfeksi selepas operasi menyelamat selesai dijalankan. – KOSMO! ONLINE

The post Wanita hilang semua jari tangan kiri, tersepit mesin pengisar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved