Wanita Ini Pandu Sendiri Pesawat Ringan Ke Perancis Sebab Teringin Makan Krep

Entertainment
25 May 2024 • 12:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang wanita Indonesia baru-baru ini menjadi sorotan warganet terutamanya di TikTok apabila dia dilihat memandu sendiri pesawat ringan ke Perancis kerana mahu makan crepes di negara itu.

Wanita yang dikenali sebagai abigailmchel di TikTok itu berkongsikan kisah dirinya membuat kerja ‘gila’ itu menerusi TikTok.

Dalam video yang berdurasi selama 23 saat itu, dapat dilihat Abigal memandu sendiri pesawat ringan tersebut dari England ke Paris untuk makan krep tersebut di Perancis.

Dalam video tersebut juga, dia berkongsikan panorama indah dari pesawat.

Dia turut berjalan-jalan di kawasan pantai di negara itu sebelum pulang semula ke England pada hari yang sama.

Difahamkan, Abigail merupakan seorang pelajar di sebuah institusi penerbangan di England, jadi menerbangkan pesawat ringan bukanlah sesuatu yang asing buatnya.

Sebelum ini, Abigail juga pernah tular kerana dia pernah menerbangkan sendiri pesawat ringan dari Nottingham ke London untuk menonton perlawanan bola antara Fulham dan Manchester United.

@abigailmchel

Pertama kali nonton bola di London, kalian dukung siapa? klu rame bakal sering3 nonton bola full video di yt #fyp #sepakbola #fulham #adiml #minivlog #pilot #aviasi #sekolahpilot #timnas #manchesterunited #aviasi #inggris #abigailmchel #kuliahluarnegeri

♬ suara asli – bGpin z – bGpin z

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.