Wanita Kecewa Selepas Ditahan 10 Jam Oleh Imigresen Korea Selatan & Diarah Pulang Ke Malaysia

LocalTravel
8 Dec 2025 • 4:45 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui melancong ke luar negara sememangnya perkara yang menyeronokkan apatah lagi jika aktiviti itu dilakukan bersama rakan atau keluarga tercinta.

Malah ada yang sudah membuat perancangan dan persediaan perjalanan selama berbulan-bulan sebelum bercuti ke sesuatu tempat.

Yelah jika hendak melawat ke luar negara bukan sahaja perlu menyediakan wang secukupnya, bahkan setiap dokumen seperti tempat tinggal dan sebagainya perlulah disediakan dengan betul.

Wanita kongsi pengalaman buruk apabila ditahan hampir 10 jam sebelum disuruh pulang ke Malaysia

Namun percutian yang dirancang oleh seorang wanita bersama rakan-rakannya ke Korea Selatan menjadi pengalaman buruk apabila mereka ditahan di imigresen dan diminta untuk pulang semula ke Malaysia.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Iffah Hanannani di Threads, awalnya kelihatan dia berkongsi gambar pasport mereka beramai-ramai sewaktu ingin terbang ke Korea Selatan.

Menurutnya mereka telah merancang untuk melancong ke Korea Selatan bersama lapan orang rakan selama berbulan-bulan dan sangat teruja.

Namun perkara itu berubah menjadi mimpi ngeri apabila segelintir daripada mereka termasuk dirinya ditahan oleh pihak imigresen Korea Selatan selama berjam-jam dan diminta pulang ke Malaysia tanpa sebarang penjelasan.

View on Threads

Dah sediakan semua dokumen perjalanan yang lengkap

Jelas Iffah, mereka telah menyediakan dokumen yang lengkap termasuk penyata bank, tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan tidak disenarai hitam namun masih lagi ditolak daripada memasuki negara tersebut.

“Sebelum datang, kami telah sediakan segala dokumen penting yang diperlukan seperti jadual perjalanan, tempahan penginapan dan aktiviti, senarai makanan, jadual tiket pulang, wang, penyata bank, kad kredit serta bukti kewangan untuk percutian,” katanya.

Malah mereka juga sudah mengisi Korea Selatan Electronic Travel Authorization (K-ETA) iaitu visa bagi pelancong asing sebelum memasuki negara berkenaan.

View on Threads

Pihak imigeresen tidak memaklumkan sebab permohonan masuk ke Korea Selatan ditolak

Selain itu, mereka turut membuat semakan berkali-kali agar segala informasi adalah tepat. Malah terdapat juga beberapa aktiviti yang ingin dilakukan di negara itu sudah dibayar separuh.

“Kami sampai pada 5 pagi, kami ditahan hampir 10 jam tanpa sebarang penjelasan. Pada jam 3 petang, kami diberitahu permohonan ditolak. Apabila ditanya mengapa ia ditolak? Mereka menjawab itu adalah privasi mereka.

“Pegawai juga kurang ajar, dan tidak profesional. Mereka enggan menjelaskan apa-apa. Apabila ditanya jika ingin membuat rayuan untuk permohonan itu, mereka mengatakan rayuan tidak pernah diterima. Jadi mengapa menawarkan sistem rayuan?”

Iffah turut memklumkan disebabkan perkara itu mereka kerugian sekitar RM4,000 hingga RM5,000 untuk setiap seorang.

View on Threads

Lebih mengejutkan dia mendakwa telah didesak oleh kru kabin untuk membuat pembelian tiket dengan segera sekiranya ingin pulang semula ke Malaysia.

Bagi menguatkan dakwaan itu, dia turut berkongsi tangkap layar perbualannya bersama seorang individu dipercayai kru kabin terbabit.

image is not available

Lima dari rakan tidak mempunyai sebarang masalah walhal informasi perjalanan adalah sama hanya pegawai berbeza

Apa yang menjadi perhatian, lima orang lagi rakannya dalam kumpulan sama yakni mempunyai jadual perjalanan serta dokumen yang sama tidak mempunyai sebarang masalah kerana berada di lorong imigresen serta pegawai yang berbeza.

Apa yang berlaku membuatkan mereka merasa tidak adil memandangkan segala dokumen dan maklumat adalah sama.

Katanya lagi tips seperti memakai pakaian kemas dan sebagainya bukan jaminan untuk seseorang melepasi imigresen Korea Selatan dan semuanya adalah berdasarkan nasib.

Bukan hanya itu, Iffah mengatakan mereka turut memberitahu pihak berkenaan mereka juga ada berurusan dengan agensi pelancongan dari Korea Selatan untuk perjalanan di sana. Namun mereka masih menolak daripada membenarkan kemasukan mereka.

View on Threads

Ada sepasang suami isteri bawa seorang anak turut ditahan

Kongsinya lagi, bukan mereka sahaja warga Malaysia yang ditahan pada hari itu sebaliknya sepasang suami isteri bersama seorang anak lelaki turut mengalami perkara sama.

Melihat di ruangan komen, ada yang turut berkongsi pengalaman pernah berada dalam situasi yang sama.

Tidak kurang juga ada bersimpati atas perkara yang menimpa mereka dan tidak dapat bercuti seperti yang dirancang.

View on Threads
“Anda semua telah dilayan dengan tidak adil oleh mereka. Namun sejujurnya, setiap negara pihak imigresen mempunyai sebab untuk tidak membenarkan mana-mana individu memasuki negara mereka. Itu adalh negara mereka dan hak mereka. Mereka tidak perlu memberikan sebarang sebab..”
image is not available
“Kami melancong ke Korea Selatan pertama kali pada dua bulan lalu, dan tidak pernah sangka akan berasa ‘homesick’ sepanjang perjalanan ini. Saya denga yakin mengatakan tidak akan kembali (ke negara ini). Ia satu kejutan budaya. Daripada lapangan terbang sehingga di mana-mana: 90% daripada mereka adalah kurang ajar, tidak mempunyai adab, dingin dan hipokrit,,”
image is not available

Ada yang dakwa pihak kedutaan Malaysia tak tahu mengenai kes berlaku kepada grup terbabit

Susulan daripada penularan hantaran itu, seorang lagi pengguna Threads dikenali sebagai Pyj.rok mendakwa dia telah menghubungi kedutaan Malaysia di Seoul untuk bertanya adakah mereka tahu mengenai hal tersebut. Mereka mengatakan tidak.

“Saya menghubungi pihak Kedutaan Malaysia di Seoul untuk bertanya sama ada mereka mengetahui mengenai kumpulan ini. Mereka tidak mengetahuinya.

“Begitu juga pejabat imigresen kami di lapangan terbang — yang sepatutnya menyimpan menyimpan rekod terperinci tentang sebarang penolakan atau sebaliknya. Jadi semua ini hanyalah satu cerita ‘clickbait,” dakwanya.

Siap nak bawa ke pihak keselamatan negara Korea Selatan, dakwa cerita wanita terbabit kononnya hanya clickbait

Malah dia juga mendakwa ingin membawa perkara itu kepada pihak keselamatan negara pada Isnin (8 Disember). Katanya lagi sebaik identiti ditentukan individu itu tidak akan menjejakkan kaki ke negara tersebut (Korea Selatan).

View on Threads

Dalam satu lagi hantaran, lelaki berkenaan turut menunjukkan Korea Selatan telah mengembangkan Smart Entry Service (SES) iaitu proses pra pendaftaran pasport secara automatik dari empat hingga 18 negara dan dikuat kuasa serta merta.

Namun negara dalam senarai SES itu adalah:

  • Jepun
  • Singapura
  • Arab Meriah Bersatu (UAE)
  • Perancis
  • Itali
  • Belanda
  • United Kingdom
  • Finland
  • Czech
  • Australia
  • New Zealand
  • Jerman
  • Macao
  • Hong Kong
  • Taiwan
View on Threads