Wanita ‘Kepoh’ Nak Tangkap Jiran Buat Maksiat, Rupanya Anak Sendiri Keluar Depan Pintu – “Dia Selalu Bangga Anaknya Lebih Baik Dari Orang Lain..”

27 May 2025 • 11:01 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Boleh dikatakan setiap kawasan perumahan, pasti ada seorang yang sering bersikap menyibuk, tidak kiralah wanita ataupun lelaki.

Melalui platform media sosial, seorang individu berkongsi semula kisah seorang wanita berpangkat ‘makcik’ yang cukup terkenal di kawasan perumahannya disebakan sikap suka menyibuk hal orang lain.

Selalu sibuk hal orang lain, tuduh yang bukan-bukan

Kata individu tersebut, makcik berkenaan sering bercakap tentang hal anak-anak orang lain, malah hingga ke tahap menuduh.

Nak dijadikan cerita, perbuatan yang sering dilakukan olehnya itu ‘memakan’ dirinya semula.

image is not available

Satu hari dia serang rumah jiran ini. Dia cakap anak lelaki orang tu bawa balik perempuan, dia buat kecoh kat depan rumah orang tu.

Rupanya anak sendiri yang buat hal terkutuk..

Disebabkan makcik terbabit terlalu bising hingga membuat kekecohan di kawasan tersebut, jiran-jiran turut memenuhi kawasan kediaman itu.

Apabila dah kecoh pasangan dalam rumah tu keluar, apa yang mengejutkan ialah budak perempuan tu adalah anak dia sendiri. Filem Mami Jarum tu memang ada dalam dunia sebenar kita.

Susulan situasi tersebut terlalu mengejutkan, ‘Mami Jarum’ berkenaan pengsan kerana tidak dapat menerima anak yang selama ini sering dikatakan lebih baik daripada anak orang lain melakukan hal terkutuk seperti itu.

Kisah tersebut sememangnya memberi pengajaran besar buat wanita berkenaan dan menasihati warganet untuk tidak menghukum orang lain dan netizen yang meninggalkan komen di hantaran itu juga bersetuju.

image is not available

image is not available 17 hours ago

Isteri Abang 'Wiring' Tuntut Fasakh, Bawa Sekali Bukti Perbualan & Enam Video Tak Senonoh Suami Dan Cikgu Wanita