
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap Muslim pasti memiliki kitab suci al-Quran sendiri bagi memenuhi kewajiban membaca dan beriman kepadanya.
Namun apabila telah digunakan setelah sekian lama, kitab itu pasti akan menjadi lusuh, apatah lagi jika helaiannya diselak setiap hari.
Akan tetapi, al-Quran yang telah rosak tidak bolehlah dibuang begitu sahaja demi menjaga kesuciannya dan mengelakkan daripada sebarang fitnah. Jadi, macam mana caranya untuk melupuskan al-Quran dengan betul?
Baca Artikel Berkaitan: Orang Ramai Berpeluang Tukar Al-Quran Tanpa Perakuan KDN Atau Rosak Secara Percuma Bermula Hari Ini
Baca Artikel Berkaitan: “Sejuk Telinga Dengar” – Konten Sambung Bacaan Al-Quran Sebelum Terima Duit Raya Curi Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: “Al-Quran Bukan Nyanyian” – Syeikh Ayman Suwaid Beri Teguran Kepada Qari & Qariah
JAWI Sediakan Pusat Pelupusan Al-Quran Secara Percuma
Itulah yang telah dikongsikan oleh seorang pempengaruh menerusi akaun TikTok (@motherlyzz) baru-baru ini.
Menerusi gambar yang ditunjukkan, kelihatan beberapa naskah al-Quran lama yang sudah lusuh termasuk helaian berubah menjadi kuning, koyak dan tulisan telah pudar.
Oleh itu, dia ingin membawa kesemua kitab suci itu untuk dilupuskan menggunakan kaedah yang sepatutnya.
Katanya, servis pelupusan al-Quran kebiasaannya mengenakan caj sekitar RM7 setiap kilogram, namun terdapat juga lokasi yang menyediakan perkhidmatan tersebut secara percuma.
Salah satunya ialah Pusat Pelupusan Al-Quran Darul Kalam di Batu Caves yang diseliakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Asingkan Helaian Kertas Yang Mempunyai Ayat Suci Al-Quran & Yang Tidak
Menerangkan tentang kaedah-kaedah yang terlibat dalam proses pelupusan al-Quran, wanita itu berkata kesemua kitab yang dibawa akan ditimbang beratnya terlebih dahulu.
Salah seorang pekerja di pusat tersebut bagaimanapun menegaskan kepada orang ramai agar mengasingkan dahulu helaian kitab al-Quran yang dihantar ke sana.
“Jangan hantar macam kami ni pusat pelupusan sampah. Tiap helaian itu tak semua ada tulisan al-Quran.
“Jadi koyakkan helai yang ada tulisan al-Quran sahaja. Yang tak ada kena mengena jangan hantar kat kami,” jelasnya.
Abu Akan Dibancuh Menjadi Bongkah Sebelum Diletakkan Di Dalam Laut
Dalam proses pelupusan berkenaan, helaian al-Quran tersebut akan dibakar sebelum abunya ditapis.
Kemudian, abu yang telah ditapis itu akan dibancuh menggunakan air untuk dijadikan sebagai bongkah yang akan diletakkan ke dasar laut.
Walaupun kelihatan seperti simen, namun pekerja tersebut memaklumkan bahawa tiada sebarang simen digunakan dalam bancuhan terbabit.
Akhirnya, kesemua bongkah abu al-Quran itu akan dibungkus dengan meletakkan setiap tiga dalam satu plastik yang sama.

Apabila ditanya, pekerja di pusat pelupusan itu berkata dia sentiasa dalam keadaan berwuduk memandangkan perlu mengendalikan ayat al-Quran.
Malah, katanya lagi, lebih baik untuk mengekalkan wuduk juga ketika memegang bongkah batu tersebut.
Pengunjung Boleh Ambil Bahan Yang Dihantar Ke Pusat Pelupusan
Di samping itu, pengguna TikTok itu turut memaklumkan bahawa sesiapa yang mahu mengambil kitab atau buku mengandungi ayat suci al-Quran yang dihantar ke pusat pelupusan itu boleh berbuat demikian.
Tambahnya lagi, memandangkan banyak langkah yang terlibat dalam proses tersebut, maka sesetengah tempat akan mengenakan caj yang berpatutan.
Dia juga mengingatkan orang ramai agar berkunjung ke pusat pelupusan al-Quran mengikut negeri sendiri, memandangkan hanya al-Quran dari kariah di negeri sama akan diterima.
@motherlyzz First time in my life, I pergi lupuskan AlQuran. Interestingnya process dia! For more info, boleh contact @KamiAda #pelupusanalquran #alquran #quran #muslim #islam #kualalumpur #lifetips #fyp #malaysia ♬ original sound – Zettysmomlife
Tonton video penuh [DI SINI].
Ayat Suci Al-Quran Dilupuskan Dengan Dibakar & Lebih Elok Ditanam Abunya
Dalam masa sama, mungkin terdapat sesetengah individu yang mahu melupuskan helaian dengan kalimah suci al-Quran secara sendiri.
Menurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, terdapat dua pendapat dalam pelupusan helaian yang mengandungi kalimah suci al-Quran.
Pendapat pertama merupakan pandangan mazhab Hanafi dan Hanbali, iaitu digali tanah dan ditanam di dalamnya.
Sahib al-Hasyiah berkata, “Diletakkan perca kain yang bersih yang diletakkan di dalamnya (al-Quran yang rosak), kemudian ditanam di tempat yang tidak dihina dan dipijak.”
Bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syeikh Muhammad bin Ibrahim Alu al-Syeikh pula berpendapat menanam di masjid merupakan cara melupuskan kertas mushaf paling sahih.
Mazhab Syafie bagaimanapun mengambil pendapat kedua seperti mazhab Maliki, iaitu membakar helaian ayat suci al-Quran.
Ini adalah seperti perbuatan Saidina Uthman memerintahkan agar mushaf yang berbeza dengan mushaf ditulis dibakar dan disaksikan oleh ramai para sahabat tanpa mengingkarinya.
Tambah Datuk Zulkifli, lebih elok juga abu kalimah suci Allah SWT yang dibakar tadi ditanam pula dengan mengambil pandangan dari mazhab Hanafi dan Hanbali.
Baca Artikel Berkaitan: Apakah Hukum Membakar Al-Quran?
Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Tak Tutup Aurat Semasa Baca Al-Quran? Ini Jawapannya
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini 7 Tips Untuk Bantu Anak Mudah Hafal Quran, Yang Last Paling Banyak Buat Salah



![Wanita Nyaris Kemalangan Gara-gara Pemandu Harrier Tukar Laluan Secara Mengejut [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)
![“Anak Lebih Patuh Arahan Guru”- Pelajar Menangis Kerana Ayah Ubah Skrip Pidato Buat Ramai Boleh Relate [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)